Little Paris
Hello! Wallo!

Assalamualaikum! Hi I'm Siti Noor Syamila. Welcome to My Paris Town.


Entries About Sweetheart


Walking Talking

No Harsh words allowed here.
#Family #Buddyz and #Bestie
Class 3KRK2 is mine

Syamila ♥

Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


25 / 7 / 2014 ღ


Hi. Still remember me ha? Rasanya dah lama kot aku tak update blog ni. Well, kinda busy dengan asrama. Busy dengan quiz, competency & so on. Takda masa ah. Penat? Tipulah kalau tak penat. Asrama kan? Act bukan itu yang aku nak cerita. Aku nak cerita pasal seorang insan yang pernah ada dalam hati aku and mungkin masa ada dalam hati aku kot? Tapi sayangnya, dia bukan milik aku lagi. Sebab apa kita orang jadi macam ni pun, aku tak pasti. Aku tak tahu. Kau tak perasan ke yang aku ni sayang sangat-sangat kat kau? Pls buka mata kau luas-luas. Pandanglah orang yang sayang kau ni. Tapi aku terima kalau ini yang kau nak. Aku hormat keputusan kau. Dah jadi lumrah hidup, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Nak taknak aku kena terima kan? Siapalah aku nak menidakkan takdir kita.

Muhammad Firdaus bin Noor Azly

Terima kasih sebab pernah buat aku happy selama tujuh bulan relay kita. Kau dah buat aku percaya yang tak semua lagi sama macam apa yang aku fikir. Kau dah berjaya jadi seorang yang setia. Tapi mungkin semua masalah ni berpunca daripada aku juga kan? Macam yang kau cakap, aku ni memaksa. Suka bersangka buruk. Semua benda aku salahkan kau je. hahahaha teruknya aku ni kan? Ruginya kau dapat aku dan betapa beruntungnya aku dapat & kenal kau even dalam masa yang singkat. Aku minta maaf atas apa yang aku dah buat pada kau selama ni. Hm andainya waktu tu boleh diputar semula kan? Aku akan putar, untuk memperbetulkan keadaan, untuk memperbetulkan salah silap aku pada kau. Tapi apa aku boleh buat? Aku terima keputusan kau dengan hati yang separuh terbuka hahaha separuh terbuka? Ada ke? Pun bolehlah. Itu maknanya hati aku tak sepenuhnya lepaskan kau. Buktinya? Sampai sekarang aku masih sayangkan kau. Dah tertulis relay kita cuma mampu bertahan 7 bulan je. Tapi kalau dah jodoh tak kemana kan? Aku tunggu saat tu. Aku tunggu. Aku tunggu sampai hati kau terbuka semula untuk aku. 

Apa-apa pun jaga diri kau bebaik ok? Maybe dengan aku pergi jauh dari hidup kau, aku pergi tinggalkan kau, luka aku ni akan sembuh. Tapi aku salah. Walau sejauh mana pun aku lari, kau tetap di sini *pegangdada* hmm sebagai seorang sahabat, aku akan selalu doakan yang terbaik untuk kau. Semoga kau dapat orang yang lebih baik dari aku ;'( ingat aku takkan pernah lupakan kau. Semua kenangan kita, akan aku simpan kemas dalam kotak ingatan aku. Aku janji. kalau kau rindu aku, letaklah tangan kau didada. InsyaAllah, aku akan ada dekat situ. Mungkin jasad aku jauh, tapi hati aku dekat.

Dan sempena dengan tarikh 25 / 7 / 2014 ni, aku nak ucapkan selamat hari jadi untuk kau. Happy birthday ya sayang. Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki. May Allah blast you :') Aku doakan kau jumpa orang yang lagi baik dari aku ye. belajar leklok, jaga makan, jaga solat. jangan degil-degil. Dengar cakap ibu tau. Jadi anak yang baik. jangan main-main lagi. Kau tu nak SPM tahun depan. Ingat pesan aku ni. 

Sempena tarikh ni juga, aku nak cakap "happy monthsarry yang ke-11 ex" Terima kasih atas apa yang kau dah buat untuk aku selama ni. Aku hargai sangat. Gelak tawa, suka duka kita, tak mungkin aku akan lupa. Janji. Aku rindu kau. Aku sayang kau. Sungguh, aku tak tipu. Aku penat hidup macam ni. Aku penat tiap masa rasa sebegini. Aku penat menangis kerana benda yang sama. Kenapa aku diciptakan terlalu lemah ? Kenapa mesti aku ? Jujur aku penat. Aku nak semua ni berakhir. Aku nak bahagia. Aku nak ketawa. Bukannya derita. Tolong. Beri aku peluang. Kasihani lah aku. Firdaus, aku tahu kau boleh hidup tanpa aku. Aku tahu engkau dah jumpa pengganti aku. Aku tahu kau boleh lupa aku. Aku dah mula rasa yang kita semakin jauh. Ya aku memang rasa. Kita dah tak seperti dulu. Tak serapat seperti dulu. Betapa aku rindunya engkau. Kau semakin jauhkan diri dari aku. Aku rasa mcm aku dah bukan sesiapa pada engkau. Maafkanlah hati bila tak sempurna menyayangimu. Aku terasa. Mungkin engkau dah terbiasa tanpa aku disisi kau :') 

 Maafkan aku. Mungkin salah aku juga. Tapi jangan kau lupa. Aku sedikit pun tak pernah lupakan kau. Cuma kau je yang ada dalam gati aku & aku janji takkan ada yang dapat ganti tempat kau. Gambar kau, nama kau, aku bawa ke asrama. Aku simpan. Aku tengok bila aku rindu. Betapa beruntungnya aku sebab pernah kenal kau. Yang tetap bagi aku semangat bila aku jatuh. Aku harap kau juga begitu. Tak lupa pada aku. Pada kisah 'kita'. Maafkan aku kalau ada buat kau terasa hati. Maafkan aku bila aku tak sempurna bila aku melayan kau. Aku rindu 'kita'. . Aku rindu segala-galanya.Sungguh aku rindu. Sekarang benda tu semua aku dah tak dapat nak tengok. Kita dah jauh. Kita dah tak berjumpa. Cuma tolong ingat ni. 'Aku sayang kau'. Bahagia lah kau walau bukan dengan aku. Janji dengan aku. Teruskan belajar untuk capai-capai cita-cita kau. Aku tumpang bangga.

Kalau boleh untungnya aku hilang ingatan. Biar dunia aku kosong. Tak adalah aku penat dengan semua ni :') Biar aku mula hidup baru. Biar aku belajar jadi orang yang kuat. Tapi ini kenyataan. Ini caturan hidup aku. Aku kena teruskan. Aku janji dengan diri aku. Aku janji untuk tersenyum ketawa tiap masa. Aku janji untuk kuat tahan air mata aku. Ya, Aku janji. 

Salam sayang dari aku,
Syamila yusof.

Jaga diri. Jangan lupa aku. Assalamualaikum cinta :)
 Selamat hari raya maaf zahir & batin. maafkan segala silap aku pada kau.


PAST |